Download Falsafah dan Pendidikan di Malaysia PDF

TitleFalsafah dan Pendidikan di Malaysia
File Size164.1 KB
Total Pages20
Document Text Contents
Page 1

27 Mac 2008 [FPM_OKED ]

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.0 PENGENALAN

Pelbagai perubahan telah berlaku dengan sepat di dunia hari ini. Ahli-ahli psikologi dan

sosiologi telah banyak memberi sumbangan kepada pembaharuan dalam amalan

pengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi.

Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan.

Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet

Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu,

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-

sekolah menengah mulai tahun 1989.

KBSR menitikberatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira

serta perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan cara inilah, individu-individu

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia akan dihasilkan.

1.1 Konsep Falsafah Pendidikan

Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan

yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada

usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan

falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman

untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai

pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan

pendidikan.

1.2 Latar belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang

sedang membangun. Justeru, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan

Page 10

27 Mac 2008 [FPM_OKED ]

4.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis

yang merujuk kepada beberapa elemen. Berikut pula adalah elemen-elemen penting

yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Elemen-elemen FPK Implikasi
pendidikan suatu usaha

berterusan

• Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan

dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai

murni;

• Proses pemerolehan dan pemindahan

berlangsung secara berterusan bermula dari

kecil sehingga ke akhir hayat;

• Pendidikan awal kanak-kanak amat penting

untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak

yang berada dalam lingkungan umur antara

satu hingga enam tahun;

• Sahsiah yang dibentuk akan terus

berkembang sepanjang tempoh

persekolahan;

• Setelah tamat persekolahan, setiap individu

masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran

dan akhlak mereka;

• Proses pendidikan yang berterusan bagi

membantu individu menyesuaikan diri dengan

pelbagai perubahan.
perkembang potensi individu • Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan

bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin

terpendam;

• Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya

dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan

dipertingkatkan;

Page 11

27 Mac 2008 [FPM_OKED ]

• Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma

melalui interaksi sosial dengan orang lain dan

alam sekeliling;

• Pendidikan seharusnya memberi peluang

individu untuk berkembang bakat, potensi dan

kebolehan mereka.
perkembangan individu secara

menyeluruh dan bersepadu

• Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh

dikembangkan secara berasingan; sebaliknya

dihubungkaitkan iaitu diselaraskan bagi

mengelakkan pertentangan antara satu sama

lain;

• Perkembangan dan peningkatan seelok-

eloknya merangkumi empat aspek, iaitu

intelek, rohani, emosi dan jasmani.
insan yang seimbang dan

harmonis

• Amat penting bagi individu memiliki ilmu

(intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya

kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang

baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik

(jasmani);

• Keseimbangan antara keempat-empat aspek

di atas akan menghasilkan individu yang

mampu hidup secara harmonis dengan diri

dan orang lain;

• Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk

menghadapi segala cabaran hidup serta

sanggup berhadapan dengan apa jua

masalah yang timbul.
unsur intelek • Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca,

menulis dan mengira;

• Sering berusaha untuk memperoleh dan

mengembang ilmu yang benar;

• Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif,

Similer Documents