Download cara menambah pengguna baru dalam frog vle PDF

Titlecara menambah pengguna baru dalam frog vle
File Size607.2 KB
Total Pages5
Document Text Contents
Page 1

2.8 Bagaimana Menambah
Pengguna Baru

(Pengguna: Pentadbir)

2.8 How to Add a New User (User: Admin)

Page 2

transforming education through the Internet 148

TUGASAN:
Menambah pengguna baru ke dalam Frog VLE.


OBJEKTIF:
Memastikan peserta memahami dengan jelas tentang cara pengguna baru ditambah ke dalam Frog VLE.

TEMPOH MASA:
15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
• VIDEO 2.8 – Bagaimana Menambah Pengguna Baru

• Komputer

• Papan putih

• Pen penanda

• Buku nota

• Projektor

• Kertas & pen

TATACARA:

1. OBJEKTIF

Jurulatih menerangkan tentang jenis-jenis pengguna yang berbeza dan tahap akses mereka.

• Dalam tetapan lalai, hampir kesemua pengguna ditambah ke dalam Frog VLE secara automatik.
Bagaimanapun, anda juga mungkin perlu menambah pengguna secara manual. Ini kerana
mungkin terdapat guru atau pelajar baru yang tidak memiliki ID pengguna.

• Menambah pengguna adalah satu proses yang mudah. Namun, anda perlu ingat bahawa
para pengguna terbahagi kepada 3 kategori yang berbeza iaitu:

Pentadbir Frog – Pentadbir Frog memiliki tahap akses yang terbesar di antara semua jenis pengguna. Mereka
boleh mengedit semua platform termasuk Dashboard sekolah dan mengakses semua sistem pengurusan
pengguna.

Guru – Guru memiliki tahap akses untuk semua fungsi yang tersedia di dalam VLE, kecuali fungsi pentadbir
Frog dan Dashboard Sekolah.

Pelajar – Pelajar hanya memiliki tahap akses yang terhad iaitu hanya untuk Dashboard peribadi dan kawasan
My Documents.



Bagaimana Menambah Pengguna Baru

Page 3

149transforming education through the Internet

2. VIDEO

• Jurulatih menerangkan tentang kandungan video.

• Jurulatih memainkan video.

3. RUMUSAN

Jurulatih merumuskan tentang jenis-jenis pengguna dan bagaimana pengguna boleh ditambah.

Panduan Pengguna

Bagaimana Menambah Pengguna Baru Di Frog VLE

Antara peranan utama pentadbir Frog VLE ialah menambah, mengedit, mengaktifkan fungsi Enable/Disable
dan mengeset semula kata laluan pengguna di dalam VLE.

Tugas ini boleh dilakukan melalui aplikasi Users.

Untuk mengaksesnya, pergi ke Resource Manager dengan mengklik ikon Resource Manager di Frog Bar.

Setelah tetingkap Resource Manager terbuka, sila klik ikon
Applications.

Kemudian, klik ikon Users.

Page 4

transforming education through the Internet 150

Menambah Pengguna Baru

Skrin di bawah adalah tempat untuk anda menambah pengguna baru, mengedit pengguna yang sedia ada
dan mengaktifkan fungsi Enable/Disable. Anda juga boleh menukar kata laluan pengguna di sini.

Mulakan proses ini dengan memilih jenis pengguna yang ingin ditambah (Student, Teachers). Klik pada tab
yang dikehendaki.

Nota: Untuk menambah pentadbir Frog VLE yang baru, pilih tab Teacher.

Menambah Pelajar Baru

Setelah anda memilih jenis pengguna, klik butang Create New Student di sudut kiri.

Skrin seterusnya memaparkan 2 borang yang perlu dilengkapkan iaitu borang: Student information, dan
Parent or Guardian. Kedua-dua bahagian ini boleh diakses dengan memilih tab-tab di atas halaman.

Masukkan maklumat peribadi pelajar ke dalam borang Student Information. Sesetengah ruang memerlukan
anda untuk memilih menu ke bawah. Setelah melengkapkannya, klik butang Next dan anda akan diminta
pula untuk mengisi borang Parent or Guardian.

Nota: Ruangan bertanda * adalah wajib diisi.

Similer Documents